“Pembelajaran merupakan satu
proses integrasi
yang berada dalam satu kitaran
dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan
data dan pemerhatian tentang pengalaman tersebut.Data akan dianalisis
dan kesimpulan
yang diperolehi akan digunakan untuk mengubahsuai tingkahlaku dalam menghadapi satu situasi pengalaman
yang baru”
Kolb
mencadangkan seorang pelajar belajar melalui lingkaran pengalaman
yang membawa kepada pemerhatian
dan refleksi tentang pengalaman.
Refleksi ini adalah diaplikasikan
dan dikaitkan dengan pengetahuan sepenuhnya
dan diterjemahkan ke dalam konsep abstrak atau teori
yang mengakibatkan cara
dan tindaan untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru
yang boleh diuji
dan diteroka.
Kolb
(1984) menyatakan bahawa dalam
proses pembelajaran seseorang individu akan melalui empat peringkat kitaran pembelajaran
yang saling berkaitan antara satu sama
lain dan saling
bantu-membantu bagi mencapai objektif pembelajaran.
LANGKAH PEMBELAJARAN KOLB'S
1) Pengalaman Konkrit
- melibatkan diri dengan pengalaman baharu.
- pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi aktiviti yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
2) Pemerhatian Reflektif
- fikir atau perhatikan pengalaman dari semua sudut.
- mementingkan kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan.
- menerangkan sikap pelajar reflektif.
3) Pengkonsepsian Abstrak
- cipta konsep-konsep yang diintegrasikan dari pengalaman pengamatan teori.
-pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea.
4) Percubaan Aktif
- gunakan teori bagi memecahkan masalah serta membuat keputusan.
-gaya dominom yang terlibat ialah pengujian
-mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal.
-mampu melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif bersifat emosional, kreatif dan inovatif.